SELEPAS lapan tahun bergelar anak seni, impian pelakon Alya Iman untuk muncul di layar perak akhirnya tercapai menerusi filem pertamanya, Pewaris Susuk.
Alya atau Nur Alya Iman Azmil, 25, berkata di sebalik kegembiraan itu terselit rasa rindu yang mendalam terhadap kedua ibu bapanya iaitu Allahyarham Azmil Mustapha dan Jamaliah Jamari yang tidak sempat menyaksikan detik bersejarah tersebut.
Kata Alya, momen melihat dirinya di skrin besar buat kali pertama cukup emosional lebih-lebih lagi selepas menunggu selama lapan tahun untuk merealisasikan impian tersebut.

Alya (kanan) mewarisi bakat lakonan arwah bapa.






