PENGERUSI Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Datuk Afdlin Shauki menggesa semua penggiat seni tidak terlalu kuat bekerja sehingga mengabaikan nikmat kesihatan.
Mengambil contoh Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang meninggal dunia akibat serangan jantung, Afdlin memberitahu dia tidak mahu perkara sama berulang kepada anak seni lain.
Afdlin atau Afdlin Shauki Aksan, 53, berkata, sudah menjadi kelaziman penggiat seni bekerja tidak mengikut masa sehingga mengabaikan kesihatan dan perkara itu perlu berubah.