PENYANYI Iman Troye tampil mempertahankan tindakan pempengaruh media sosial, Ryzal Ibrahim, yang merakam detik cemas ketika membawa anaknya ke hospital selepas perbuatan itu menjadi perdebatan dalam kalangan netizen.
Menurut Iman atau Siti Nur Alyssa Sahabuddin, 24, masyarakat tidak seharusnya terburu-buru membuat andaian negatif terhadap Ryzal kerana rakaman tersebut berkemungkinan dibuat sebagai rujukan kepada doktor selain bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan ibu bapa.
“Saya rasa Ryzal rakam video itu untuk rujukan doktor. Mesti dia dan isteri trauma, jadi dia mahu sebarkan kesedaran kepada ibu bapa lain.

Iman memohon agar orang ramai berfikiran positif dan jangan cepat menghukum.





