PENYANYI Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang tidak bertanggungjawab menggunakan suara dan wajahnya tanpa kebenaran bagi tujuan menjual produk.
Sering berkongsi mengenai penipuan itu di media sosial, Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 45, berkata dia bimbang jika ada peminat yang terpedaya dan menyangka produk berkenaan ada kaitan dengan dirinya.
“Saya rasa kita perlu didik peminat dan masyarakat supaya tidak mudah terpengaruh.
Siti anggap masyarakat perlu didikan untuk elak ditipu.