PENYAMPAI radio Ili Ruzanna mengumumkan pengunduran dirinya daripada stesen radio Hitz sekali gus tidak lagi terlibat dengan industri penyiaran radio tempatan.
Pengumuman itu dibuat menerusi segmen terakhirnya bersama barisan gandingan Hitz Morning Crew iaitu Anne dan Prem.
Ili berkata, sepanjang tempoh menyertai stesen berkenaan terutama sewaktu mengendalikan segmen pagi bersama rakan penyampai, ia meninggalkan banyak kenangan manis dan pengalaman yang sangat bermakna buatnya.

Isnin merupakan hari terakhir perkhidmatan Ili.






