TERUS berusaha menjejaki bekas suami, pengacara Raja Azura mengambil pendekatan dengan menyiarkan iklan pencarian di akhbar bagi menyelesaikan tuntutan nafkah tiga anaknya di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.
Raja Azura atau nama sebenarnya Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin, 53, berkata langkah itu diambil selepas bekas suaminya, Adzmin Osman, menolak untuk memberi sebarang kerjasama secara baik terhadap penyerahan dokumen sebelum ini.
"Sebelum ini, penyerahan afidavit tidak berjaya selepas dia tidak mahu memberi maklum balas, jadi saya terpaksa memohon penyampaian ganti.

Raja Azura tuntut nafkah untuk tiga anaknya.






