SELEPAS sekian lama menyimpan hasrat, pelakon Ikmal Amry tidak menyangka dia berpeluang bergandingan dengan aktres Amyra Rosli dalam drama berjudul Khianat Yang Terpilih.
Ikmal atau nama sebenarnya Mohd Zulikmal Amry Ghazali, 32, menyifatkan gandingan mereka sebagai satu pencapaian peribadi yang cukup bermakna sepanjang penglibatannya dalam dunia seni.
“Dulu saya hanyalah seorang peminat Amyra Rosli. Gigih cari tiket ABPBH (Anugerah Bintang Popular Berita Harian) hanya semata-mata nak jumpa depan-depan.

Hantaran yang dibuat Ikmal di Threadsnya.






