PELAKON Ikmal Amry terpaksa mengambil langkah drastik dan berani bertukar angin menerima tawaran genre aksi demi memastikan nama dan kerjaya seninya tidak terus statik di tempat yang sama.
Mengakui namanya agak perlahan untuk mendaki tangga populariti berbanding rakan seangkatan, Ikmal atau Mohd Zulikmal Amry Ghazali, 32, nekad keluar daripada zon selesa drama televisyen selepas 11 tahun menapak dalam industri hiburan.
“Memang itu rancangan saya (masuk dalam genre aksi) daripada mula berlakon sejak 11 tahun berada di dalam industri ini. Saya sudah cuma macam-macam drama.

Ikmal mahu keluar daripada zon selesa.





