NAMPAKNYA berita penceraian selebriti masih belum reda dan kali ini giliran pelakon Idzham Ismail bercerai dengan isterinya iaitu Siti Nur Abilah Shamsudin.
Idzham atau Muhammed Idzham Ismail, 36, berkata, dia melafazkan cerai terhadap Abilah pada awal Oktober lalu dan Mahkamah Rendah Syariah Klang pada pagi Isnin mengesahkan lafaz dibuat.
“Baru sah tadi (pagi Isnin). Mahkamah sahkan lafaz cerai yang saya buat pada awal Oktober lalu,” katanya ketika dihubungi mStar.

Idzham melakukan lafaz cerai di luar mahkamah.






