PELAKON Idham Maulana enggan menggunakan status sebagai anak kepada aktor veteran Mat Over sebagai tiket mudah untuk mengembangkan kerjaya dalam industri seni.
Idham berkata, dia menghormati keputusan bapanya, Mat Over atau nama sebenar Sulaiman Yassin, 74, yang mahu dirinya berusaha membina nama dan identiti sendiri tanpa bergantung kepada populariti aktor senior itu.
Kata Idham, dia bersetuju dengan pendirian tersebut kerana tidak mahu amalan nepotisme menjadi jalan pintas untuk seseorang mendapat tempat dalam industri seni.

Idham tidak mahu amalan nepotisme menjadi jalan mudah untuknya berada dalam dunia seni.






