IBU kepada pempengaruh media sosial, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek memberitahu tidak mudah untuk memberi kata setuju apabila anaknya itu meluahkan hasrat untuk kembali berumah tangga.
Namun menurut wanita yang dikenali sebagai Dr Zailah itu, keputusan anaknya adalah satu ketentuan jodoh dan dia sentiasa mendoakan yang terbaik buat Dr Afifah atau mesra disapa Dr Fie.
“Bukan mudah untuk kami memberi persetujuan, namun kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan. Semoga pilihan dan perjalanan ini adalah yang terbaik buat mereka berdua,” katanya dalam satu hantaran di laman Instagram.

Dr Fie melangsungkan pertunangan pada 2 Ogos.






