KISAH rumah tangga penyanyi Nubhan terus menjadi perhatian ramai dan kali ini timbul dakwaan ibu mentuanya menuntut wang sebanyak RM5 juta sekiranya artis berkenaan mahu berpisah dengan isteri.
Menurut seorang pengguna Threads, isu penceraian Nubhan dan Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek dikatakan telah berlarutan dan menjadi perbincangan berulang kali antara mereka.
“Isteri dia masalah, benda cerai ini dah banyak kali mereka bincang. Mak mentua Nubhan siap minta RM5 juta kalau nak cerai. Semua harta nak 50-50. Streslah Nubhan tu,” dakwanya.







