IBU kepada penyanyi Khai Bahar meninggal dunia pada malam Selasa.
Berita berkenaan disampaikan oleh pengurusnya iaitu Jai menerusi hantaran di Insta Story miliknya.
Jai memaklumkan ibu penyanyi berkenaan iaitu Rosnah Mohamad, 62, menghembuskan nafas terakhir di Kangar, Perlis.

Khai yang sedang bercuti di sebuah pulau bergegas pulang ke kampung.





