ISTIMEWA pada hari pernikahannya, penyampai radio Era FM iaitu Radin berkongsi momen penuh emosi menerusi paparan gambar kedua-dua arwah ibu bapanya yang disunting menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Biarpun tidak dapat hadir secara fizikal, namun detik berkenaan cukup bermakna buat Radin atau Radin Amir Affendy Ahmad Aruani, 36.
“Di belakang itu adalah gambar AI. Gambar itu pernah dirakam pada 2003 ketika saya berusia 13 tahun.







