GAGAL mendapat restu ibu bapa merupakan antara punca pelakon Syahmie Thsaqeef lewat memulakan karier dalam bidang seni.
Tidak menyalahkan orang tuanya, Syahmie atau Syahmie Thsa’qeef Ariffin, 31, sebaliknya yakin mereka bertindak sedemikian kerana bimbang akan masa depannya.
“Saya mulakan kerjaya agak lambat kerana ibu bapa saya sangat tegas menyebabkan saya tiada kebebasan untuk buat keputusan dan pilih jalan hidup saya sendiri.
Syahmie mendedahkan ibu bapanya ada meletakkan beberapa syarat untuk bergelar pelakon.