PENYANYI Ibnor Riza memohon maaf kepada mana-mana individu sekiranya dia pernah melakukan sebarang kesilapan sepanjang pembabitannya dalam industri seni sejak 37 tahun lalu.
Ibnor atau Ibnor Riza Ibrahim, 62, juga meminta mereka tampil menghubunginya di media sosial sekiranya dia pernah berhutang dan melunaskannya.
“Saya juga ingin memohon maaf kepada seluruh masyarakat Malaysia daripada bermulanya kerjaya saya sejak 1986 sehingga kini.







