Hiburan

Ibnor Riza belum sedar, masih ditidurkan selepas pembedahan di kepala… isteri kongsi perkembangan terkini

SELESAI menjalani pembedahan di bahagian kepala pada malam Sabtu, isteri kepada penyanyi Ibnor Riza iaitu Sarimah Sulaiman memaklumkan suaminya itu masih belum sedarkan diri dan sedang ditidurkan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Selangor.

Sarimah ketika dihubungi mStar memberitahu Ibnor atau Ibnor Riza Ibrahim, 62, sudah hampir sebulan diwadkan di hospital berkenaan bagi menjalani kemoterapi ais iaitu rawatan yang lebih efisen untuk sakit kanser.

Bagaimanapun, selepas menjalani rawatan tersebut, penyanyi berkenaan mengalami demam yang berlarutan sehingga menyebabkan jangkitan pada otak.

Ibnor dilaporkan masih belum sedar selepas menjalani pembedahan.

Ibnor dilaporkan masih belum sedar selepas menjalani pembedahan.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%