PELAKON Hun Haqeem mengakui kecewa dengan sikap segelintir pelakon yang gagal menjaga etika kerja yang baik termasuk sering datang lambat ke set penggambaran serta berperangai diva.
Hun atau nama lengkapnya Haqeem Hermy, 28, mendedahkan situasi tidak profesional itu bukanlah perkara asing bagi dirinya memandangkan dia sudah beberapa kali berdepan dengan perkara tersebut sepanjang bergelar anak seni.
Bagaimanapun, Hun memilih untuk tidak melatah dan lebih gemar mengambil pendekatan mengawal emosi sendiri demi menjaga kualiti lakonannya.

Hun lebih mementingkan emosi sendiri berbanding fikir masalah orang lain.




