Hiburan

HTV Ambang Merdeka penuh warna-warni, satukan pelbagai bangsa

SAMBUTAN Ambang Hari Kebangsaan ke-68 malam tadi diserikan dengan program HTV Ambang Merdeka terbitan Unit Hiburan TV RTM yang bersiaran secara langsung dari Studio H1, Wisma TV, Angkasapuri, Kuala Lumpur

Bermula jam 11 malam di TV2, program berkenaan menampilkan pelbagai segmen menarik dan persembahan istimewa daripada barisan artis tempatan serta personaliti yang berjaya mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia.

Tirai acara dibuka dengan persembahan penuh semangat oleh Nikki Palikat menerusi lagu patriotik Saya Anak Malaysia yang berjaya menaikkan aura kemerdekaan dalam kalangan penonton.

Program HTV Ambang Merdeka satukan berbilang bangsa. – Foto RTM

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh