HANTARAN pelakon Hisyam Hamid di laman Threads mengundang pelbagai reaksi ramai apabila mendakwa dia sepatutnya menjadi penyampai bagi kategori Selebriti Feminin Terhangat di Anugerah Melodi Terhangat yang berlangsung pada malam Ahad.
Hisyam atau Hazmi Hisyam Abdul Hamid, 40, bagaimanapun terkejut selepas diminta untuk menjadi penyampai anugerah bagi kategori yang pertama pada saat-saat akhir di acara tersebut.
“Sampai-sampai saja ‘Hisyam jom terus ke backstage’. Tak tahu pula kena sampaikan anugerah pertama.

Hisyam dipercayai sudah memadam hantaran yang dimuat naik di Threads.






