ISTERI pelawak Shuk Sahar iaitu Fara Salleh meluahkan rasa bengang dengan pendedahan dibuat seorang individu dipercayai rakan kepada suaminya berhubung masalah rumah tangga mereka.
Ia susulan individu dikenali sebagai Raje Ridzuan itu mendakwa menjadi saksi Fara memarahi Shuk ketika mereka berniaga nasi kerabu di Singapura.
Dakwa Raje, Fara juga pernah menghalaunya dari tapak gerai mereka di hadapan khalayak ramai.

Fara dan Raje dilihat saling berbalas kenyataan di Iaman Instagram.







