PENYANYI Zizi Kirana tidak bimbang dengan kritikan orang ramai susulan mengambil keputusan menyertai program terbaharu The Hardest Singing Show yang bakal bermula 12 Mei depan.
Zizi atau Nur Fazelah Mad Tahil, 39, berkata, dia akan memastikan menitikberatkan dan mematuhi garis panduan agama dalam setiap persembahannya.
Malah Zizi memberitahu turut mendapatkan bimbingan daripada orang-orang terdekat bagi memastikan persembahannya bersesuaian dengan imejnya yang menutup aurat.
Zizi menjelaskan perkara itu ketika ditemui pada Selasa.