SEMPENA meraikan tiga dekad dalam industri seni, kumpulan nasyid Hijjaz bakal mengimbau nostalgia peminat menerusi Konsert Rindu Sumayyah yang dijadual berlangsung di Istana Budaya pada 16 dan 17 Oktober depan.
Konsert anjuran Inteam Records itu bakal menyaksikan Hijjaz mempersembahkan kira-kira 30 buah lagu dengan sebahagian besarnya terdiri daripada karya-karya malar segar yang cukup dekat di hati peminat.
Menurut anggota Hijjaz iaitu Isman Isam, 57, pemilihan lagu kini berada di peringkat akhir namun mereka memberi jaminan lagu-lagu popular yang menjadi identiti kumpulan itu tidak akan diitinggalkan.

Hijjaz bakal rai ulang tahun ke-30 dengan Konsert Rindu Sumayyah.






