PELAKON Nora Danish tidak pernah menutup pintu hati untuk mengenali seseorang selepas beberapa kali gagal dalam perkahwinan.
Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif, 43, berkata, dia bersedia untuk kembali mendirikan rumah tangga apabila tiba waktunya.
"Saya memang tak pernah menyesal soal cinta. Setiap hubungan yang datang, baik atau buruk, adalah sebahagian daripada perjalanan hidup. Saya belajar sesuatu daripada setiap kisah itu.

Spekulasi hubungan antara Nora dan Mickey hangat diperkatakan.






