PELAKON Remy Ishak mendedahkan hidupnya menjadi sunyi selain berasa kosong selepas kematian bapanya empat tahun lalu.
Namun kata pemilik nama sebenar Mohammad Zalimie Ishak, 41, kehidupannya itu berubah dan kembali ceria selepas kelahiran putera sulungnya iaitu Tuah Alam pada Julai lalu.
“Ada satu waktu dalam hidup aku rasa kosong… Selepas arwah ayah pergi tinggalkan dunia, bertambah kosong rasanya hidup dan jiwa aku.

Remy mula mendedahkan wajah anaknya pada Rabu lalu.






