PENYANYI Hetty Sarlene mendedahkan dia pernah terkena sihir sekitar 20 tahun lalu sehingga ke hari ini tidak mengetahui individu yang menganiaya dirinya.
Hetty atau Hetty Sarlene Abdul Hamid, 40, berkata, disebabkan perkara itu dia pernah berjumpa dengan seorang bomoh bagi memulihkan diri.
Bagaimanapun kata penyanyi asal Singapura ini, sehingga ke hari ini dia tidak mahu tahu siapa yang menghantar perkara syirik tersebut atau membalas perbuatan tersebut.







