PELAKON Liza Koshy terpaksa menahan malu apabila terjatuh di hadapan orang ramai ketika berjalan di acara karpet merah Anugerah Oscar yang berlangsung pada Isnin.
Aktres filem Transformers: Rise of the Beasts itu terjatuh selepas gagal mengimbangi badan disebabkan memakai kasut tumit tinggi lapan inci.
Bagi menutupi perasaan malu, aktres berkenaan sempat bergurau dia terpijak lubang khayalan yang terdapat di karpet merah selain menolak bantuan ingin diberikan orang sekeliling.

Liza kini sedang sarat mengadung.





