PENYANYI Hazami dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur sejak Khamis lalu kerana mengalami masalah usus bengkak.
Menurut pengurusnya, Aszuad Zakaria, Hazami dimasukkan ke hospital berkenaan kerana penyakit lama yang menyerang ususnya dan perlu menjalani prosedur kolonoskopi.
“Hazami dimasukkan ke hospital kerana mengalami penyakit sama seperti dulu, ususnya menjadi bengkak. Dia dimasukkan ke wad sejak 15 Januari lalu.







