PENGACARA Hawa Rizwana meluahkan rasa kecewa apabila video dirinya ketika menyertai acara Redline Fitness Games pada 27 Julai lalu disunting sehingga kelihatan seolah-olah melakukan perkara tidak senonoh.
Lebih mengecewakan, Hawa atau nama sebenarnya Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, 30, berkata video tersebut turut dirakam dan dimuat naik ke media sosial tanpa kebenarannya.
"Baru-baru ini saya ada sertai aktiviti sukan, saja cari pengalaman baru sebab selama ini saya hanya berlari saja. Tapi kali ini rakan-rakan ajak sertai aktiviti yang perlukan kekuatan.

Hawa gemar lakukan aktiviti bersukan.






