SUSULAN sambutan hangat penonton, pengarah Tarung: Unforgiven iaitu Razaisyam Rashid menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan tidak terpedaya dengan mana-mana pihak yang menggunakan nama filem berkenaan termasuklah urusan jual beli cenderamata.
Dalam hal ini, Razaisyam berkata segala urusan melibatkan pembelian merchandise berkaitan filem perlulah dirujuk kepada sumber rasmi dan bukannya daripada pihak ketiga.
“Kalau ada apa-apa pembelian, merchandise atau transaksi melibatkan nama Tarung, tolong hanya percaya maklumkan daripada akaun rasmi Aedy (penerbit), instagram Alpha47, Astro Shaw dan aku sendiri saja.







