SEBAGAI seorang ibu, penyanyi dan pelakon Bella Astillah sentiasa berhati-hati dalam memuat naik sebarang kandungan di media sosial.
Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31, berkata, dia tidak mahu apa yang dipaparkan menjadi tatapan anak-anaknya di masa akan hadapan.
Malah dia sendiri bersama pasukan pengurusan akan memeriksa setiap kandungan yang diberikan oleh pihak klien agar tidak melampaui batas.

Bella tidak mahu sebarang kandungan di media sosial memberi kesan kepada anak-anaknya.






