PENYANYI dan guru vokal Adzrin Adzhar menyimpan hasrat untuk menjadi peserta Gegar Vaganza (GV) memandangkan dia seorang yang amat meminati sebarang bentuk pertandingan.
Bagi Adzrin atau nama sebenarnya Noradzrin Adzhar, 41, jiwanya sebagai seorang anak seni sentiasa berkeinginan untuk terus bertanding dan mencabar keupayaan vokal sendiri di hadapan penonton.
“Ya, mestilah saya nak masuk sebab saya suka masuk pertandingan,” katanya kepada mStar.

Adzrin sukar mencabar kemampuan dirinya sebagai seorang penyanyi.





