ANAK kepada pelakon veteran Allahyarham Jalil Hamid iaitu Afiqah mendedahkan bapanya meluahkan rasa kecewa apabila tidak dapat menunaikan ibadah haji pada tahun ini.
Menurut Afiqah, 33, arwah sebelum ini sudah membuat persiapan termasuk menghadiri kursus haji, namun hasrat tersebut tidak kesampaian disebabkan masalah jantung yang dihadapinya.
“Tahun ini sudah pergi kursus haji semua, tapi tak dapat sebab pergi lagi sebab masalah jantung. Dia nampak macam kecewa juga, saya pujuk dia cakap tak mengapa. Cuma selepas itu dia macam rasa serba salah," katanya kepada mStar.

Jalil meninggal dunia dalam tidur.






