USAHAWAN sensasi Datuk Seri Aliff Syukri berdepan detik mencemaskan apabila anaknya iaitu Raudah Arshiyah mengalami kecederaan di kepala selepas terkena bucu tangga.
Gara-gara hentakan pada bucu tajam itu, Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 37, berkata kepala anaknya berdarah sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital.
“Nak dijadikan cerita ketika saya nak balik kerja, saya memang suka rekod video sebab nak tengok momen anak-anak datang dan berlari memeluk saya baru balik kerja.

Aliff dan isteri cemas lihat anak perempuan mereka sedang menahan kesakitan.





