RAMADAN tahun ini memberi makna berbeza buat penyanyi Hasif Upin apabila berpeluang berbuka puasa bersama mangsa banjir di Aceh, Indonesia.
Hasif atau Muhammad Hasif Sharuddin, 34, berkata dia sudah lama berhasrat menyertai misi bantuan kemanusiaan dan peluang ke Aceh kali ini tidak dilepaskan begitu sahaja.
Kata Hasif, dia mengambil kesempatan itu untuk merasai kesusahan dan ingin berkongsi rezeki kepada golongan memerlukan.

Hasif (dua dari kanan) berpeluang menyertai misi bantuan di Aceh.






