BAHARU berjinak-jinak dalam dunia lakonan, penyanyi Hasif Upin mendedahkan dirinya berdepan dengan gemuruh melampau semasa melakonkan watak Fandi di dalam Paku Tanah Jawa.
Ini kerana Hasif atau Hasif Sharuddin, 32, berkata dia tidak mampu melontarkan dialog dengan baik disebabkan berlaku gempa bumi sehari sebelum penggambaran di Yogyakarta, Indonesia.
Menurutnya, kejadian yang berlaku pada Jun tahun lalu itu merupakan pengalaman pertama sehingga mendatangkan rasa trauma terhadap dirinya.
Hasif teruja kongsi pengalaman pertama kali berlakon.