TIDAK pernah berkira soal wang ringgit, pelakon Harissa Adlynn sanggup menghabiskan duit gaji dan simpanan hasil titik peluhnya bergelar anak seni demi membahagiakan ahli keluarga.
Kata Harissa, 23, fokus utamanya dalam bekerja buat masa kini bukanlah untuk bermewah-mewah, tetapi mahu melihat insan tersayang terutamanya ibu tercinta, Hafizah Mohd Radzi menjalani kehidupan yang gembira.
"Ya, saya punya simpanan pun memang tidak banyak habiskan untuk diri sendiri. Saya memang suka berbelanja kepada orang lain.

Niat Harissa hanya mahu bahagiakan ibunya.






