PENYANYI Fauziah Latiff berbesar hati apabila karya nyanyiannya masih mendapat tempat dalam kalangan pendengar muda, termasuk golongan Gen Z.
Fauziah atau Siti Fauziah Sheikh Abdul Latiff, 56, berkata minat generasi baharu terhadap lagu-lagu lama bukan sesuatu yang asing kerana beliau sendiri pernah melalui proses sama ketika di awal pembabitan dalam industri seni.
“Saya sangat menghargai kerana dulu pun masa muda saya pernah study lagu-lagu daripada penyanyi senior sebelum ini.

Fauziah meraikan peminat yang memberi sokongan terhadapnya.






