SUDAH lama tidak bertemu, pelakon Hafidz Roshdi meluahkan rasa rindu terhadap dua cahaya matanya iaitu Humairah dan Umar sempena ulang tahun kelahiran mereka.
Hafidz atau Muhammad Hafidz Roshdi, 31, menitipkan ucapan istimewa buat anak-anak dan berharap pesanan mesej yang dikirimkan itu dibaca oleh mereka.
Kata Hafidz, dia berharap Humairah dan Umar berada dalam keadaan baik dan gembira dengan kiriman ucapan diberikan.

Hafidz mengirimkan mesej ucapan hari lahir buat anak-anak.






