PENYANYI Haqiem Rusli menyindir tindakan golongan pembenci yang disifatkan hanya berani meluahkan rasa tidak puas hati di media sosial sahaja.
Menerusi hantaran di Threads, Haqiem atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem Rusli, 28, berkata, golongan itu bagaimanapun tidak akan bersuara jika bersemuka secara berdepan.
"Walau bagaimanapun begitulah hidup, tapi percayalah pembenci hanya berani di belakang skrin sahaja.







