IKATAN pertunangan selama lima bulan penyanyi Yazid Izaham dan Youtuber Farisya Azman berakhir apabila pasangan itu sah bergelar suami isteri pada Sabtu.
Pasangan itu melangsungkan pernikahan di Kota Bahru Kelantan dengan menyaksikan Yazid, 26, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM10,000 kepada pengantin perempuan.
Mengulas mengenai pernikahan itu, Yazid memberitahu dia masih dalam keadaan tidak percaya status bujangnya sudah bertukar menjadi suami yang hadir dengan pelbagai kemanisan serta tanggungjawab.
Yazid masih tak percaya dirinya kini sudah bergelar suami.