PENYANYI Kaka Azraff menjelaskan perkongsiannya di laman Threads menyentuh mengenai sikap lelaki yang mengabaikan tanggungjawab terhadap anak bukan ditujukan kepada mana-mana pihak.
Sebaliknya, Kaka atau Nor Atiqa Noor Azraff, 37, berkata hantaran tersebut sekadar pandangan peribadi melihat kepada situasi semasa yang sering berlaku.
“Tak tuju kepada sesiapa secara spesifik. Sebab ramai lelaki macam itu zaman sekarang,” katanya ringkas kepada mStar.

Perkongsian Kaka di Threads.






