SEMINGGU selepas pemergian anak tercinta, pelakon Amyza Aznan masih mencari kekuatan untuk menyesuaikan diri dengan kehilangan Allahyarham Andre Mikhail yang pergi menghadap Ilahi.
Menurut Amyza, 50, meskipun dia sudah reda dengan ketentuan takdir, namun perasaan rindu yang bersarang di hati masih sukar untuk diubati.
"Reda memang sudah lama ada, cuma saya masih cuba cari cara untuk hilangkan rasa rindu itu supaya tak terlalu berat. Terlalu rindu.

Amyza menahan sebak apabila berkongsi mengenai anaknya.






