PELAKON Datuk Hans Isaac mendedahkan keputusan mengundurkan diri daripada dunia lakonan kira-kira lima tahun lalu dibuat kerana mahu memberikan komitmen penuh pada bidang politik.
Menurut Hans, 55, sepanjang bergelar pelakon, beliau sudah melalui pelbagai pengalaman termasuk kejayaan dan kegagalan dalam industri seni.
"Waktu itu saya mahu jadi ahli politik. Bila saya masuk parti politik dan masa itu presiden saya adalah pembangkang.







