SEMPENA Ramadan yang bakal menjelang, pelakon Hannah Delisha mengambil keputusan untuk berehat daripada terlibat dengan sebarang aktiviti penggambaran.
Keputusan itu dibuat bagi memberi fokus untuk melakukan ibadah di bulan suci itu memandangkan sebelum ini Hannah, 30, tidak berpeluang berbuat demikian.
“Sebenarnya, tahun ini saya memang meletakkan sasaran untuk tidak terbabit dengan sebarang penggambaran drama sepanjang Ramadan.







