PELAKON Haneesya Hanee meluahkan rasa kesal apabila video lamanya lapan tahun lalu di sebuah kelab malam kembali menjadi bualan netizen selepas tercetusnya kontroversi membabitkan pelakon Anna Jobling dan ibunya, Ariz Ayop.
Menurut Haneesya atau Sharifah Haneesya Hanee Sayed Sahlan, 25, dia tidak faham mengapa namanya tiba-tiba dikaitkan sedangkan sudah lama tidak menyebut atau membincangkan tentang Anna.
"Dulu aku tak bersuara sebab aku mengaku salah pergi minum di kelab malam. Tapi perkara itu dah lapan tahun berlalu, kenapa tiba-tiba nama aku kena petik bila timbul isu anak-beranak tu?

Haneesya meluahkan rasa kesal itu TikTok milknya pada Khamis.






