INDUSTRI muzik tempatan terus meriah dengan kemunculan bakat baharu, kali ini penyanyi Hamzah Samsuddin pula tampil mempertaruhkan single sulungnya berjudul Masih Menunggu.
Lagu bergenre balada penuh emosi itu mengangkat tema cinta, kerinduan dan kesetiaan yang kekal utuh meskipun dua jiwa terpaksa dipisahkan oleh waktu serta takdir kehidupan.
Hamzah, 31, mendedahkan karya tersebut mempunyai nilai sentimental yang cukup besar buat dirinya kerana jalan cerita dan emosi yang diketengahkan banyak dipengaruhi oleh pengalaman peribadi yang pernah dilaluinya sendiri.

Hamzah cuba nasib dengan Masih Menunggu.





