16 TAHUN bergelar anak seni, penyanyi Wani Kayrie mengakui pernah berasa putus asa untuk menjejakkan kaki ke pentas Anugerah Juara Lagu (AJL).
Wani atau Syazwani Abdullah, 26, berkata, kegagalan lagu-lagunya sebelum ini hampir mematahkan semangatnya, namun peluang membuat persembahan pembukaan pada edisi tahun lalu membuatkan dia kembali bangkit semula.
“Sebenarnya pernah hampir-hampir berputus asa bila mula-mula waktu saya gantikan Kak Ernie Zakri dulu, lepas itu saya masuk dengan lagu sendiri iaitu Kamu-Kamu. Tapi waktu itu memang saingan sangat sengit dan saya tengok okeylah, tak ada harapanlah kan.

Wani berkongsi perkara itu ketika ditemui media.

Wanie akan buat sebaiknya di pentas AJL40. 



