PELAWAK Hamdan Senario atau Ahmad Hamdan Mohamed Ramli dilaporkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, kira-kira pukul 12.50 tengah hari, Jumaat
Berita sedih pemergian pelawak berusia 54 tahun itu disahkan oleh ahli kumpulan Senario iaitu Azlee.
“Hamdan sudah meninggal dunia. Dia baru sahaja meniggal dunia pada 12.50 tengah hari tadi,” katanya ketika dihubungi mStar.
Berita pemergian Hamdan mengejutkan industri seni negara.