USAHAWAN Haliza Maysuri terkejut apabila menerima hadiah kereta mewah jenama BMW XM Label Red berharga RM1.6 juta bersempena sambutan ulang tahun kelahirannya pada Isnin.
Haliza, 47, berkata, dia langsung tidak menyangka suaminya iaitu Mohd. Rosli Awang membuat kejutan tersebut memandangkan pernah meluahkan hasrat ingin membeli kenderaan utiliti sukan (SUV) sebelum ini.
Jelasnya, dia ingin memiliki SUV untuk memudahkan dia berulang alik ke dusun duriannya di Kampung Peruang, Benta, Kuala Lipis, Pahang.
Selain kereta, Haliza terima tasbih emas 916 bernilai RM30,000.